Thursday 23 July 2009

"Sirih pulang ke gagang"

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta sekalian alam semesta. Alhamdulillah syukur saya panjatkan pada Dia yang telah memberikan rahmat dan kekuatan buat diri ini untuk teruskan perjuangan hidup yang entah bila penghujungnya..Serasa hilang sedikit bebanan setelah melalui hari-hari yang penuh dengan ranjau dan onak duri di bumi Canterbury..akhirnya saya selamat pulang ke tanah air tercinta..Dah seminggu saya berada di rumah bersama-sama bonda dan kakanda tersayang. Mengimbas kembali memori 4 tahun yang lalu sebelum ke United Kingdom. Banyak sungguh perkara yang terjadi dalam hidup, suka dan duka silih berganti. Tapi perjuangan bukan berakhir di sini..masih ada lagi baki setahun mendatang sebelum saya melangkah masuk ke alam yang dinamakan "the real world", yakni alam bekerja.

Apa pun kalian doakan kejayaan saya juga di medan perjuangan di bumi Malaysia. Saya juga turut doakan kalian semua agar menjadi orang-orang yang berjaya dan sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk ke jalan yang benar, insya-Allah.

5 comments:

  1. tahniah atas perjuangan panjang saudari :)

    sama2 kita doakan kejayaan bersama!

    ReplyDelete
  2. terima kasih la wahai sahabatku:) saya akan sentiasa doakan kejayaan kita semua dunia dan akhirat insyaAllah:)

    ReplyDelete
  3. salam...Tahniah buat aisyah kerana telah berjaya melangkah setapak kehadapan ...nampaknya abg masih dibumi orang...tak pasti bilakah berakhirnya hidup sebagai perantau..moga allah buka pintu hati ini sperti"SIRIH PULANG KE GAGANG" Jua..

    ReplyDelete
  4. wslm wbth..syukran jazilan:) merantau untuk mencari ilmu xpe, tp jgn la sampai lupa langsung nk blk m'sia;p..moga2 hajat abg termakbul nnt:) apa pun,teruskan perjuangan jgn putus asa ya:)

    ReplyDelete