Saturday 9 January 2010

*Ahlan Wasahlan 2010*

Alhamdulillah setahun sudah pun berlalu..2009 telah pun meninggalkan kita semua dengan jutaan peristiwa, pengalaman dan episod kehidupan yang penuh onak dan duri. Sedar atau tidak,semuanya berlaku mengikut sunatullah dan perancangan yang telah ditentukan oleh-Nya. Adakalanya indah dan ada ketikanya pengalaman itu terlalu pahit untuk dilalui. Namun segalanya telah berlalu dan kita telah berjaya mengharungi setiap detik itu. Itulah janji Allah swt.

Sesungguhnya Dia tidak akan datangkan ujian ke atas seseorang melainkan mengikut kemampuan masing-masing! Allah itu Maha Adil dan Maha bijaksana! Setiap apa yang terjadi pasti tersembunyi hikmah yang pasti, walaupun ia adalah sesuatu yang tidak kita jangkakan!Subhanallah..perancangan Dia adalah yang terbaik untuk kita..saya percaya dan kita semua perlu percaya hakikat yang satu ini..Jangan terlalu mengikut hati dan mudah menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku..dan yang paling penting jangan salahkan takdir dan nasib kita! Kerana apa yang tertulis adalah suatu ketentuan yang azali. Sebaliknya renunglah dan muhasabahlah diri kita atas segala yang berlaku kerana semuanya berpunca dari diri kita yang sering alpa dan leka dengan kenikmatan yang Allah berikan. Bersyukurlah dan bertawakkallah atas segalanya. Sesungguhnya kita akan menjadi insan yang sentiasa redha dan sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan diri, insyaAllah..Semoga 2010 membawa lebih keberkatan dan kejayaan buat kita semua..amin..

No comments:

Post a Comment