Monday 18 May 2009

Saya dan psikologi


Saya menulis untuk merehatkan minda seketika, fokus untuk sambung ulangkaji petang ni sudah sampai ke tahap yang memerlukan saya untuk merehatkan diri buat sementara waktu sebelum meneruskan kembali. Saya lebih percaya kepada kata, 'Kuantiti tidak menjamin kualiti'. Bagi saya tiada gunanya saya meneruskan ulangkaji jika minda tidak lagi mahu menerima. Lebih baik saya melakukan aktiviti yang lebih 'ringan' untuk minda saya, menulis entri untuk blog yang agak lama ditinggalkan. Peperiksaan saya masih 3 subjek berbaki. Subjek yang seterusnya amat menarik tapi terlalu berisiko untuk saya memandangkan ia subjek yang baru diperkenalkan tahun ini. Hanya kepada Dia saya memohon agar dipermudahkan segalanya nanti.

Sepanjang setengah hari ini, saya sempat mengulangkaji 2 tajuk yang sangat berbeza dari konteks dan aplikasi tetapi amat menarik untuk dikaji iaitu 'Terror Management Theory' dan 'Applying psychology in Hemi-spatial neglect'. Kedua-dua topik ini daripada 2 cabang psikologi yang berbeza iaitu sosial dan kognitif. Tapi saya rasa terlalu panjang untuk saya jelaskan mengenai kedua-dua isu dalam entri hari ini. Saya perlu manfaatkan lebih masa pada hari ini untuk menelaah. Saya akan sambung mengenai topik ini di entri yang lain. Mungkin selepas tamat episod peperiksaan, insyaallah:)

Satu fakta yang menarik mengenai psikologi yang sempat saya rumuskan sepanjang 3 tahun pengajian, 'There is nothing certain in psychology'. Segalanya berdasarkan kajian yang berpaksikan prinsip dan teori sains yang berasasan logik akal. Jadi , tanggapan umum selama ini yang mengatakan ahli psikologi dapat membaca fikiran manusia hanyalah mitos semata-mata kerana mereka hanya membuat hipotesis dan inferens berdasarkan hasil kajian dari zaman-berzaman. Tetapi, ada kalanya kajian membuahkan hasil yang 'significant' lalu mereka terus mengesahkan hipotesis mereka adalah benar berdasarkan teori kajian. Tapi bagi saya, kajian mereka memang relevan kerana segala kajian bukan dibuat-buat atau dicipta untuk mengelirukan manusia, tetapi ada asas dan bukti dari kajian yang terdahulu. Mereka cuma menterjemahkan dalam bahasa dan pemikiran masing-masing. Konteksnya juga langsung sama. Inilah dunia sains yang dicipta oleh manusia untuk kita sama-sama mengkaji kebesaran dan kehebatan Pencipta Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

"Yes I studied Psychology..and NO I don't know what you're thinking!"

2 comments:

  1. hahaha! isyah.. i really like that little quote,"Yes i studied Psychology, and NO i don't know what you're thinking".

    Selama tiga tahun ni, ntah berapa orang dah tanya rin if i can read their minds. Ingat kita ahli nujum ke? hahahaha..

    anyways, after exams, jangan lupa cita kisah 2 modules yang isyah blaja tu.. macam menarik jek. rin takde pun option module tu.. mari la kita kongsi bersama..hehe..

    ReplyDelete
  2. haha..isyah pun suka!! act quotation tu cilok dari mug yang department bagi hadiah sempena final year exam n final year project..bagus betul bagi mug je, printer credit kemut gilerr nk bagi..hoho..x bersyukur betul saya nih..

    okeyh,nnt kita citer ek!! harap2 nnt kita dpt tempat kpli sama..aminnn..

    ReplyDelete