Dan hari ini, saya telah membuktikan pada diri dan anda juga bahawa semua tu tak mustahil kalau kita terus sabar dan berusaha. Jangan mudah putus asa, dan jangan rasa anda lemah sebab kelemahan hanya menjanjikan kegagalan! Walaupun ada 3 hari sahaja lagi untuk saya memulakan kertas peperiksaan pertama, dan saya baru sahaja berkesempatan untuk memulakan ulangkaji, saya akan tetap berusaha dan tak akan putus asa walau apa sekalipun takdir saya. Insyaallah, Allah itu Maha Pemurah dan Maha Adil. Jangan sekali-kali berburuk sangka dengan-Nya. Selagi mana ada jalan, selagi itu kita tetap kena berusaha untuk mengubah nasib diri sendiri. Walau jalan yang itu sukar dan penuh ranjau, itu takdir kita dan kita harus berusaha untuk menempuhi segalanya. Kita akan dapat hasil yang terbaik kalau kita mencuba dengan cara yang terbaik! Doakan kejayaan saya dan rakan-rakan untuk imtihan yang terakhir kali di sini, insyaallah. Saya juga mendoakan kejayaan semua walau apa jua yang dilakukan selagi mana berada di jalan yang benar.

ecah!!! congrats sbb da abes segala courseworks and final year project!! Good luck exam k.. perjuangan hampir tamat.. jgn rasa lemah.. insyaAllah nanti Allah akan permudahkan jalan bagi orang yg berusaha.. doakan kejayaan kita semua k.. all d best ecah! See u in msia insyaAllah..=)
ReplyDeleterynnn!! yes, akhirnya kita telah siapkan jugak final year project!! Alhamdulillah..i'Allah, saya doakan awak jugak:D..wish you all the best too!!
ReplyDelete