Thursday, 15 April 2010

Hikmah disebalik kejadian..




kadang-kadang hidup ni terlalu indah..


sentiasa rasa bahagia..


kadang-kadang hidup menjadi tak tentu hala..


huru-hara jadinya..


semua yang dirancang kurang menjadi..


kadang-kadang tak jadi langsung..lebih teruk pun ada..


na'uzubillah..


tetapi..


setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..


hikmah bagaimana???


ia adalah misteri yang akan terungkai bila kita dah melalui pengalaman itu..


pengalaman yang sentiasa mengajar kita untuk bersyukur, sabar..


dan sentiasa redha denga apa yang telah ditetapkan..


baik atau buruk lihat pada usaha dan apa yang kita lakukan..


maka bertawakkallah..




wallahua'lam..


Monday, 1 February 2010

"Lapang sebelum sempit"

Hari-hari yang berlalu kini sering mengingatkan saya pada suatu hadis Rasulullah s.a.w yang seringkali mengingatkan kita kepada banyak perkara yang kita sentiasa alpa dalam kehidupan. Masa lapang sebelum sempitnya waktu..tatkala ini saya berada dalam situasi yang amat dicemburui waktu..saya sentiasa mengharapkan hari-hari yang saya lalui lebih daripada masa yang diperuntukkan..tetapi ia adalah harapan yang mana mungkin akan berubah melainkan dengan ketentuanNya..banyak sungguh perkara yang kita mahukan saban waktu, namun sedarkah kia bahawa masa itu ibarat air yang sentiasa mengalir, bagaikan darah yang sentiasa menjalar disetiap urat nadi manusia..tanpa henti..sehingga suatu ketika di mana umat manusia akan meminta-minta agar Allah kembalikan waktu...dan yakinlah segalanya akan berpenghujung! Pesan saya pada diri agar segerakanlah perkara-perkara yang dituntut olehNya dan hindarilah apa yang telah ditegah..Wallahua'alam..

Saturday, 9 January 2010

*Ahlan Wasahlan 2010*

Alhamdulillah setahun sudah pun berlalu..2009 telah pun meninggalkan kita semua dengan jutaan peristiwa, pengalaman dan episod kehidupan yang penuh onak dan duri. Sedar atau tidak,semuanya berlaku mengikut sunatullah dan perancangan yang telah ditentukan oleh-Nya. Adakalanya indah dan ada ketikanya pengalaman itu terlalu pahit untuk dilalui. Namun segalanya telah berlalu dan kita telah berjaya mengharungi setiap detik itu. Itulah janji Allah swt.

Sesungguhnya Dia tidak akan datangkan ujian ke atas seseorang melainkan mengikut kemampuan masing-masing! Allah itu Maha Adil dan Maha bijaksana! Setiap apa yang terjadi pasti tersembunyi hikmah yang pasti, walaupun ia adalah sesuatu yang tidak kita jangkakan!Subhanallah..perancangan Dia adalah yang terbaik untuk kita..saya percaya dan kita semua perlu percaya hakikat yang satu ini..Jangan terlalu mengikut hati dan mudah menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku..dan yang paling penting jangan salahkan takdir dan nasib kita! Kerana apa yang tertulis adalah suatu ketentuan yang azali. Sebaliknya renunglah dan muhasabahlah diri kita atas segala yang berlaku kerana semuanya berpunca dari diri kita yang sering alpa dan leka dengan kenikmatan yang Allah berikan. Bersyukurlah dan bertawakkallah atas segalanya. Sesungguhnya kita akan menjadi insan yang sentiasa redha dan sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan diri, insyaAllah..Semoga 2010 membawa lebih keberkatan dan kejayaan buat kita semua..amin..

Friday, 6 November 2009

Sunatullah yang satu..

Alhamdulillah...syukur dipanjatkan pada Dia yang masih memberikan peluang pada diri ini untuk menyebut kalimah suci walaupun ia hanyalah satu titik kecil dalam permulaan hariku..masa yang berlalu begitu pantas tanpa kita sedari..tup..tup..dah masuk November..dan saya masih lagi di sini melalui hari-hari yang tersisa ini seperti sedia kala..tiada banyak yang berubah..hanya waktu yang saya rasakan berlalu amat pantas sekali..Subhanallah..banyak perkara yang berlaku sepanjang dua bulan ini..Manusia juga turut berubah, ada yang melakukan penghijrahan dan ada juga yang masih kekal pada titik yang sama..Saya juga turut merasakan arus perubahan walaupun tidak terlalu ketara..Iman dan nafsu sering bertelagah, hanya orang-orang yang mampu yang dapat membimbing hati dan jiwanya ke jalan yang lurus. Walaupun penciptaan manusia adalah dari benih yang sama, mengikut sunatullah yang seiringan namun soal hati dan iman manusia semuanya bersifat individualistik. Cara seseorang membina personaliti dan perwatakan juga tidak serupa. Sungguh penciptaan manusia adalah sesuatu yang amat unik..begitu hebat Yang Maha Esa mencipta adam dan hawa yang memiliki sifat-sifat yang unik dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tidak pernah terlintas di fikiran ini bagaimana seseorang individu adalah berbeza daripada seorang individu yang lain padahal asasnya hanya dari dua manusia sahaja. Inilah kehebatan Al-Hakim..Tuhan yang Maha Bijaksana yang telah menjadikan setiap segala sesuatu dengan penuh kehalusan.
Jadi setiap insan perlu sedar dan faham bahawa setiap manusia itu berbeza, walaupun rambut sama hitam, tetapi hatinya belum tentu sama! Bertolak-ansur dan saling memahamilah antara kita untuk mengelakkan persengketaan yang mungkin timbul akibat daripada 'ketidaksediaan' kita menuruti sunatullah yang satu ini.

"Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat". (Al-Insan, ayat 2)

'Human is a unique creature that falls between faith and beliefs'..

Tuesday, 1 September 2009

Rancangan kehidupan manusia

Alhamdulillah saya amat bersyukur tatkala ini kerana hari ni genap 11 Ramadhan seluruh umat Islam di dunia menyambut kedatangan Ramadhan yang penuh barakah dan kemuliaan. Ahlan wasahlan ya Ramadhan! Walaupun agak terlewat sedikit, namun setiap saat dalam bulan mulia ini perlu kita raikan kerana mungkin juga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir untuk kita? Tiada siapa pun tahu melainkan Dia Yang Maha Mengetahui. Saya juga rasa bersyukur kerana buat kesekian kali akhirnya saya dapat mencuri sedikit masa yang sememangnya tidak pernah mencukupi untuk meluahkan rasa, berkongsi pengalaman hari-hari saya yang makin mencabar. Benarlah apa yang bonda luahkan, sesunggunya dunia perguruan bukanlah suatu tempat untuk seorang guru hanya melepaskan batuk di tangga! lebih-lebih lagi dalam dunia pendidikan khas yang amat berbeza dan lebih menduga iman & kesabaran saya.

Kadang-kadang saya rasa tewas dengan tanggungjawab yang diamanahkan & kemahuan diri yang silih berganti. Masih ada perasaan berbelah bahagi. Ikhlas masih menjadi persoalan utama yang sentiasa bermain dalam fikiran saya. Susahnya nak menjadi seorang insan, pendidik yang benar-benar ikhlas dalam setiap apa yang dilakukan. Sesungguhnya ini adalah pilihan saya dan saya harus tabahkan hati dan kuatkan iman untuk mengharungi setiap dugaan dan cabaran mendatang. Kalian juga perlu kuat dalam mengharungi dunia sebenar yang dinamakan kehidupan. Setiap jalan yang kita pilih, itulah takdir kita dan bersyukurlah dengan apa yang telah ditetapkan oleh-Nya. Sesungguhnya tiada sesuatu pun yang Allah jadikan di bumi ini sebagai sesuatu yang sia-sia. Pastinya tersembunyi rahsia dan hikmah dalam kejadiannya. Saya yakin dan kalian juga perlu yakin!

"...dan Allah jualah sebaik-baik perancang." (Surah Al-Imran,54)

Thursday, 23 July 2009

"Sirih pulang ke gagang"

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta sekalian alam semesta. Alhamdulillah syukur saya panjatkan pada Dia yang telah memberikan rahmat dan kekuatan buat diri ini untuk teruskan perjuangan hidup yang entah bila penghujungnya..Serasa hilang sedikit bebanan setelah melalui hari-hari yang penuh dengan ranjau dan onak duri di bumi Canterbury..akhirnya saya selamat pulang ke tanah air tercinta..Dah seminggu saya berada di rumah bersama-sama bonda dan kakanda tersayang. Mengimbas kembali memori 4 tahun yang lalu sebelum ke United Kingdom. Banyak sungguh perkara yang terjadi dalam hidup, suka dan duka silih berganti. Tapi perjuangan bukan berakhir di sini..masih ada lagi baki setahun mendatang sebelum saya melangkah masuk ke alam yang dinamakan "the real world", yakni alam bekerja.

Apa pun kalian doakan kejayaan saya juga di medan perjuangan di bumi Malaysia. Saya juga turut doakan kalian semua agar menjadi orang-orang yang berjaya dan sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk ke jalan yang benar, insya-Allah.

Saturday, 6 June 2009

Penantian

"Aisyah!! Mana lagi semua student lain? Kan saya dah kata sharp 2.30pm semua pelajar berada di dewan besar! Saya nak awak ke asrama sekarang dan pastikan semua pelajar telah mengosongkan asrama!"

"Er..baik cikgu, saya pergi sekarang!"

langkah saya terus dihayun laju kembali ke asrama. Terkedek-kedek sambil berlari-lari anak.

Jeritan cikgu hashim selaku PK HEM sekolah saya suatu masa dulu masih terngiang-ngiang di telinga. Itulah kali pertama dan terakhir saya ditengking beliau dek kerana pelajar-pelajar lain yang agak lembab bergerak ke dewan besar untuk perhimpunan terakhir kami di sekolah setelah tamatnya peperiksaan SPM. Sudah menjadi agenda tahunan sekolah kami untuk mengadakan majlis "sireh pulang ke gagang". Bunyinya agak pelik, tapi pengalaman disebalik majlis tersebut amat bermakna. Pada majlis itulah semua pelajar SPM dengan rasminya 'diserahkan' kembali ke pangkuan keluarga tersayang setelah 5 tahun berada di sekolah berasrama penuh yang pertama ditubuhkan di kelantan lebih sedekad lalu. Pengalaman berada di sekolah berasrama banyak mengajar saya erti hidup berdikari dan juga erti persahabatan.
Di majlis itu juga meninggalkan suatu pengalaman yang amat bermakna dalam hidup saya setelah dianugerahkan dengan anugerah 'Student of the Year'!

"Penantian itu suatu penyiksaan!"

Luahan hati berbaur marah dan kesal dengan sikap para pelajar yang tidak menepati masa. Seringkali cikgu hashim cuba mengingatkan para pelajar supaya menepati masa kerana masa itu amat berharga dalam kehidupan. Tiada sesiapa pun yang suka menunggu. Apatah lagi jika penantian yang melibatkan urusan peribadi seperti menunggu surat tawaran pekerjaan atau tawaran untuk menyambung pengajian. Saya amat bersetuju dengan ungkapan beliau. Sememangnya saya juga tidak suka menunggu! Tapi, sedarkah kita betapa kita seringkali menyebabkan orang lain menunggu dan ternanti-nanti dalam banyak situasi kehidupan. Sama ada kita sengaja ataupun tidak, situasi sedemikian sentiasa berlaku dalam kehidupan. Jika difikirkan mahu saja segerakan segalanya sepantas kilat tanpa perlu rasa tersiksa dengan penantian.

Tapi, Allah itu Maha mengetahui setiap apa yang Dia lakukan. Walaupun hakikat penantian itu suatu penyeksaan, tapi dalam ketersiksaan itu tersembunyi hikmah yang mungkin tidak pernah kita fikirkan. Contohnya dalam urusan perkahwinan, tempoh masa yang dipersetujui oleh pasangan itu merupakan suatu ruang yang Allah berikan kepada pasangan untuk refleksi dan muhasabah diri sebagai persediaan untuk menuju alam rumahtangga yang sememangnya penuh dengan pelbagai tanggungjawab dan ranjau berduri. Mungkin konotasi 'penantian' dalam situasi ini tidak menepati konsep sebenar tempoh masa yang diberikan untuk mencapai sesuatu, namun saya kira aplikasinya masih relevan.

Walaupun penantian itu mungkin berpunca daripada sikap kita yang berlengah, ataupun mungkin ianya sesuatu yang telah ditentukan tempoh masanya, tapi saya percaya setiap yang telah ditentukan pasti ada rasional disebaliknya, sebagaimana Allah menjadikan setiap sesuatu perkara yang mempunyai hikmah disebalik kejadiannya.

*FIKIR DAN RENUNG*