Sunday 15 February 2009

Risau..

Perasaan risau, bimbang, don't know what to expect, nervous, gelabah..pelbagai perasaan yang sedang bermain dalam diri ketika ini, mengingatkan hari esok yang bakal saya tempuhi.. Entah kenapa saya begitu bimbang dan risau dengan apa yang berlaku pada esok hari. Padahal semua urusan perjalanan eksperimen setakat ini Alhamdulillah berjalan dengan baik, walaupun tidak begitu sempurna, namun bagi saya ia sudah memadai untuk saya mulakan projek tahun akhir. Mungkinkah disebabkan supervisor akan turut sama turun padang, ataupun mungkin ini perasaan biasa orang yang mahu memulakan sesuatu perkara yang baru..Saya tidak dapat membuat telahan. Namun apa yang saya harapkan semoga semuanya akan berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancang dan doa semoga Dia permudahkan segala urusan saya esok hari..Amin..

Dalam kerisauan memikirkan hari-hari yang begitu cepat berlalu dan projek akhir ini, sempat saya membaca sebuah artikel mengenai politikus malaysia yang sedang hangat diuar-uarkan di mana-mana sahaja, blog, akhbar, radio, televisyen..saya agak tertarik dengan artikel ini yang menekankan sikap kaum wanita yang kurang mengambil kisah tentang perihal politik malaysia. Artikel benar-benar membuat saya tersentak dan berfikir sejenak. Memang sukar untuk kita mencari blog kaum hawa yang menulis panjang lebar mengenai isu-isu politik negara termasuklah saya! Bukan tidak peduli, tidak risau dengan senario yang berlaku saban hari, malah saya turut mengikuti perkembangan politik di Malaysia, tetapi saya tidak mempunyai hujah dan idea yang bernas untuk membincangkan soal politik di sini, pada saya biarlah orang yang lebih pakar dan tahu membincangkan soal ini dengan lebih terperinci dan lebih informatif.

Saya menyeru diri saya sendiri dan semua terutama kaum hawa, janganlah sekadar melihat dari jauh, tetapi cubalah memberikan cetusan idea dan pandangan yang positif walaupun hanya dengan satu ayat. Itu lebih bermakna daripada omongan kosong yang sia-sia. Moga-moga usaha yang kita sumbangkan itu dapat membawa perubahan kepada orang lain walaupun sedikit!
Kuantiti tidak menjamin kualiti!

7 comments:

  1. salam aisyah..sgt teruja bila tau ko dah ada blog.. politics? it is cool.. 11 months enuf to admin Perak.. cool right? big laugh..

    ReplyDelete
  2. hehe..aku saje try..tgk org lain mcm best je ada blog..anyway,hope to be a sharing means for everybody..politic2 aku x minat sgt la..hahaha..well,we'll see how perak gonna survive with the so-called 'kerajaan yang adil'..muahahah..

    ReplyDelete
  3. perak had survive even before PRU12, but then the new state govt after 8 march only has 11 months capability, what's a funny govt, they lost even pru13 doesn't reach yet.

    ReplyDelete
  4. tapi kan memang susah under pakatan bcoz they don't have mutual principal in administrating the state. don't agree with Pakatan too..Well,i hope Perak will survive and back to peace and unity as before..

    World peace;))

    ReplyDelete
  5. oit faisal government perak dirampas secra haram tak sah. Keputusan mahkamah tak kuar lagi. walhal MB taksah tue pun dah kene gantung dari dewan skali ngan 6 exco die. Takyahla sonok sangat takda ape pun kalo BN tadbir Perak tue suma keje gila kuasa nie.

    ReplyDelete
  6. uik..sapa plak zhazil yang tetiba emosi ngan aku ni.. hahaha.. seronok tgk PR dpt memerintah 11 bulan jer.. apa yang haram dan tak sah nya.. cuba ko bgtau sikit.. Tuanku Azlan yang buat keputusan atas budi bicara baginda lagipun Tuanku lagi arif pasal undang2 daripada golongan PR yang pernah memerintah Perak dulu.

    selamat berjaya lah untuk PR di negeri lain ye.

    ReplyDelete
  7. eh..rilek2..ape gaduh2 ni, aku baru ckp psl politik ckt je da jadik isu..rilex la,sape perintah perak x kisah la asalkn kerajaan yang memerintah tu adil n saksama kt sume rakyat perak..PR or BN, yang penting sape yang lebih adil dan perihatin kt rakyat itulah bakal jadik tampuk pemenrintahan.

    ReplyDelete